Thursday, November 10, 2011

kisah seorang insan yang tidak tercapai hasratnya..

Assalammualaikum,cerita yang saya nak share kepada kalian semua di blog saya ini adalah mengisahkan tentang seorang insan yang menuntut di salah sebuah universiti yang telah menghadapi sesuatu penyakit yang pada mulanya dianggap tidak serius dan mungkin cuma perkara biasa..

Insan ini merupakan seorang yang ceria dan tidak pernah mempedulikan akan dirinya..Dia sering mengadu bahawa dia sering sakit kepala..Lama-kelamaan kesakitan yang dihidapi beliau makin lama makin kerap..Kadang kala kesakitan tersebut mengalirkan air mata beliau..Sehingga tiba pada suatu saat beliau telah dipaksa oleh rakan-rakan yang rapat dengannya untuk menjalani pemeriksaan di salah sebuat hospital..Pada mulanya beliau enggan untuk melaksanakan perkara tersebut..Baginya,kesakitan yang dialami itu hanyalah sakit kepala biasa..

Sehingga beliau buntu akhirnya beliau memutuskan untuk menjalani pemeriksaan pada cuti sem dua...Setelah menjalani pemeriksaan tersebut beliau mendapat keputusan..Sakit yang dialami oleh beliau selama ini bukanlah sakit kepala biasa tetapi berlakunya pendarahan beku di kepala...Beliau yang selama ini bersemangat menjadi begitu lemah apabila mendengar tentang berita tersebut...Kata doktor beliau akan diberikan ubat yang boleh mencairkan darah tersebut..Kalau tidak berjaya beliau perlu menjalani pembedahan..

Hari demi hari waktu demi waktu masuklah semester 3..Beliau kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan terhadap subjek beliau...Beliau masih lagi aktif dengan hokinya..Tetapi kadang kala dia akan merasa sakit dan mendiamkan diri..Dia tidak suka memberitahu rakan-rakannya kerana dia takot perkara ini akan menyusahkan mereka..Apa yang dia akan lakukan ialah cuba untuk bertahan..Dia tidak boleh meminum sejenis air yang sebelum merupakan air kegemaran beliau..Dia sering dilarang oleh rakan-rakannya dari meminum air tersebut..

Pada suatu malam ini,beliau memasuki sebuah bilik yang di dalamnya mempunyai dua orang rakannya yang juga merupakan housemate beliau..Salah seorang dari rakan itu bertanya kenapa beliau tidak boleh minum air ini??Lalu dia pun menceritakan tentang penyakit yang dihadapinya..Setelah mendengar tentang perkara tersebut rakan-rakannya memujuk beliau supaya menjalani pembedahan secepat mungkin...Tetapi beliau enggan untuk menjalani pembedahan tersebut...Katanya dia mahu bekerja pada cuti semester itu.;Rakan-rakannya menasihati beliau supaya membuat pembedahan tersebut selepas sembuh barulah kerja..Dia pown mengambil masa untuk memikirkan perkara tersebut dan akhirnya beliau bersetuju dan menjalani pembedahan tersebut pada 15.10.2011..

Beliau sangatlah tidak yakin akan dirinya kerana kata doktor pembedahan ini hanyalah 50 peratus..bukanlah sepenuhnya..Beliau sangatlah sedih kerana beliau takot dia tidak dapat untuk menyambung pelajarannya di uitm bersama rakan-rakannya yang lain..Tepat 10 mlm beliau menjalani pembedahan..Alhamdulillah pembedahan berjaya dijalankan..Beliau mula menyedari keesokkan harinya..Beliau masih lemah...Beliau masih lagi tidak dibenarkan meminum air yang tidak dibenarkan..

Setelah seminggu di hospital beliau dibenarkan untuk pulang kerumah iaitu pada hari khamis..BEliau pun berehat seketika dirumah dan mula bekerja pada hari isnin minggu seterusnya...Beliau masih lagi sakit tetapi terpaksa menahan kerana beliau ingin mencari duit...Minggu pertama...kedua...ketiga...Masih lagi bekerja sambil menahan kesakitan..Setelah melakukan pembedahan beliau menjadi hilang selera makan sedangkan beliau merupakan seorang yang kuat makan..Beliau menghabiskan hari-hari beliau dengan memakan makanan yang ringan..

Kini beliau masih lagi bimbang kerana badannya masih lagi lemah dan berasa menyesal melakukan pembedahan tersebut..Beliau risau apa yang beliau impikan selama ini tidak dapat dilaksanakan..Beliau kini masih lagi berasa sakit dan hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak mahu sesiapa merisaukan tentang beliau..Beliau pernah berkata bahawa dia ingin belajar bersungguh-sungguh dan grad bersama-sama rakannya..Tetapi baginya setelah apa yang beliau alami dia merasakan seperti tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut dan mungkin rebah bila-bila masa sahaja,,,Bagaimana sakitnya beliau tetapi beliau tidak akan menunjukkan bahawa beliau sangatlah lemah dan akan terus bertahan..Sehingga beliau mengambil keputusan untuk mengundur diri..Kerana takot sahabatnya sedih suatu hari nanti..Beliau mungkin tidak dapat bersama rakan-rakannya untuk grad pada semester 6 nanti..

Ayuh bangunlah wahai sahabat..aku yakin kamu mampu berjuang dan mencapai apa yang diimpikan...Redha la dengan apa yang diberi oleh Allah
                                                                                                                                  
                                                                                                                                         

No comments:

Post a Comment