Sunday, May 8, 2011

ciri-ciri lelaki idaman..=)

  Terus terang sha cakap sha malu nak post pasal bnda nie...tapi disebabkan sahabat sha telah mencabar sha,so sha terpaksa la tulis bnda nie...dye siap bg tempoh lg...tu yg xtahan tu sampai kul 12tgh mlm nie je..huh...


  nie la ciri-ciri teman lelaki sha....

  1. Sha nak lelaki idaman sha tu kuat pegangan dan amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. 
  2. Yang kedua plak,akhlaknya kena baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Yang ketiga ialah tegas mempertahankan maruahnya.Contoh,dye tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Dye jgak perlu amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut.Sebab Sha nie seorang yg boros klu dye pon boros abes la segalanya.. 
  6. Yang keenam ialah menjaga pandangannya dengan tidak melihat perempuan lain (apatah lagi kalau yang lalu tu seksi yang amat..) yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. — sekali terpandang dan sekejap tu kira ok la kan..
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.Makna kata dye kena ubah diri dye walaupun sewaktu remaja dulu dye pernah berbuat demikan.
  8. Sha jgak nak lelaki idaman sha nie mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama atau mempunyai persamaan dari segi personaliti. — tidak mudah bercampur atau rapat dengan mereka yang ada masalah sosial.Cth minum arak semua la...
  9. Nie yg paling penting iaitu bertanggungjawab.Kita kena tgk la cara dye jaga mak dan bapaknya.. 
  10. Yang last sekali ialah wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.Biarlah dye xhensem sekali pon janji dye nie pandai jga ati sha n jga ati family sha..

No comments:

Post a Comment